Wednesday 26 September 2012

ISU KAWASAN LAPANG DAN REKREASI DI PINGGIR BANDAR


TAKRIFAN
Tanah lapang sebagaimana yang ditakrif oleh Akta Perancangan Bandar dan Desa (Pindaan) 1995, Akta (A933) dalam Seksyen 2(f) adalah sebagai “mana-mana tanah sama ada yang dikepong atau tidak yang dikhaskan atau dirizabkan untuk dikhaskan keseluruhannya atau sebahagiannya sebagai suatu taman bunga awam, taman awam, padang sukan dan rekreasi awam, tempat makan angin, tempat jalan kaki awam atau sebagai suatu tempat awam”.
Tanah lapang dan rekreasi adalah saling berkaitan.  Tanah lapang adalah merupakan suatu ruang atau tapak yang dikhaskan untuk tujuan seperti yang telah ditetapkan oleh kata.  Manakala rekreasi pula adalah merupakan aktiviti yang dijalankan di atas mana-mana tanah lapang.  Tanah lapang dan rekreasi adalah merupakan satu kawasan awam yang digunakan untuk tujuan riadah yang tidak dikenakan sebarang bayaran masuk.

ISU TANAH LAPANG DAN REKREASI DI PINGGIR BANDAR

Masalah kekurangan tanah lapang dan rekreasi di kawasan pinggir bandar menjadi makin parah di kawasan pinggir bandar. Cuba anda bayangkan, jika dahulu kanak-kanak bebas bermain bola di kawasan lapang bersama kawan-kawan untuk mengisi masa lapang, kini semua itu tinggal kenangan.
Apa tidaknya, apabila banyak padang-padang yang dijadikan tempat bermain musnah akibat pembangunan yang kian rancak. Riuh rendah suara kanak-kanak bergembira kini bertukar dengan bunyi-bunyi jentera yang sedang giat menjalankan pembangunan di tanah lapang tersebut. Banyak bangunan-bangunan baru dibina atas tapak kawasan lapang demi mengejar pembangunan.
Masalah ini telah membelenggu pemikiran masyarakat di sekitar kawasan tersebut. Sememangnya rebakan bandar banyak memusnahkan persekitaran kawasan pinggir bandar. Kekurangan kawasan lapang sediki-sebanyak telah membataskan aktiviti social kanak-kanak pada masa kini yang lebih cenderung berada di rumah dengan aktiviti-aktiviti lain. Keadaan ini telah menyebabkan gaya hidup tidak sihat  dikalangan kanak-kanak dan remaja semakin ketara.
Kepesatan yang berlaku di bandar terus memberi impak yang besar terhadap isu ini. Permintaan untuk kawasan kediaman terus meningkat sekaligus menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada peniaga-peniaga kecil dan pasar malam. Amngsanya ialah kawasan lapang apabila ia dijadikan tapak pasar malam dan pasar minggu. Keadaan ini akan merosakkan bentuk fizikal padang tersebut. Jadi masalah ini bukanlah isu yang remeh. Sebagai seorang planner kita harus mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah ini. Jangan sekadar memikirkan pembangunan semata-mata tanpa menghiraukan masalah penduduk pinggir bandar khususnya.
Biarkan setiap pembangunan yang dilakukan bergerak seiring dengan penyediaan segala kemudahan yang diperlukan dalam kehidupan harian masyarakat. Jangan biarkan diri ini terus terhimpit di tengah-tengah pembangunan moden.

No comments:

Post a Comment