
Taman Perbandaran Tengku Anis merupakan sebuah taman yang
tidak asing lagi bagi penduduk di sekitar Kota Bharu. Taman ini terletak di
Kampung Tanjung Chat iaitu sebuah perkampungan di pinggir bandar Kota Bharu.
Lokasinya yang tidak jauh dari Pengkalan Chepa iaitu hanya 5 kilometer sahaja. Keluasan
keseluruhan taman ini adalah seluas 7.422 hektar. Pembinaan taman ini telah
banyak mempengaruhi perkembangan di kawasan sekitarnya.
Jika sebelum ini, kawasan tapak bagi Taman Perbandaran Tengku
Anis merupakan kawasan yang tidak berpotensi untuk dibangunkan, namun kewujudan
taman ini telah mempengaruhi permintaan tanah di sekitarnya sekaligus
meningkatkan lagi harga pasaran bagi tanah tersebut.
Taman ini sememangnya unik dan menjadi tumpuan bagi
pengunjung-pengunjung terutamanya pada sebelah petang. Dilengkapi dengan
pelbagai kemudahan awam seperti trek joging, taman permainan, musalla, tandas
awam serta pelbagai lagi kemudahan yang mampu memberi keselesaan kepada
pengunjung. Selain itu juga, persekitarannya yang indah dengan landskap yang
menarik serta penempatan taman rusa menjadi daya tarikan kepada pengunjung
terutamanya bagi mereka yang berkeluarga.
ni bt sendiri ke copy pate ni>? hahahaha
ReplyDeleteade lar ckit2. tp yg lain sndiri punyer..
Deletesebenarnya bleh jer nk copy pate pown,,,,
ReplyDelete