Tuesday 18 September 2012

TAMAN PERBANDARAN TENGKU ANIS


Bila lalu je kawasan ni mesti ingat masa kecik-kecik dulu. Taman Perbandaran Tengku Anis memang mempunyai banyak kenangan silam. Suasananya yang tenang dan menarik dengan keindahan landskapnya menjadi daya tarikan kepada taman ini.

Taman Perbandaran Tengku Anis merupakan sebuah taman yang tidak asing lagi bagi penduduk di sekitar Kota Bharu. Taman ini terletak di Kampung Tanjung Chat iaitu sebuah perkampungan di pinggir bandar Kota Bharu. Lokasinya yang tidak jauh dari Pengkalan Chepa iaitu hanya 5 kilometer sahaja. Keluasan keseluruhan taman ini adalah seluas 7.422 hektar. Pembinaan taman ini telah banyak mempengaruhi perkembangan di kawasan sekitarnya.

Jika sebelum ini, kawasan tapak bagi Taman Perbandaran Tengku Anis merupakan kawasan yang tidak berpotensi untuk dibangunkan, namun kewujudan taman ini telah mempengaruhi permintaan tanah di sekitarnya sekaligus meningkatkan lagi harga pasaran bagi tanah tersebut.

Taman ini sememangnya unik dan menjadi tumpuan bagi pengunjung-pengunjung terutamanya pada sebelah petang. Dilengkapi dengan pelbagai kemudahan awam seperti trek joging, taman permainan, musalla, tandas awam serta pelbagai lagi kemudahan yang mampu memberi keselesaan kepada pengunjung. Selain itu juga, persekitarannya yang indah dengan landskap yang menarik serta penempatan taman rusa menjadi daya tarikan kepada pengunjung terutamanya bagi mereka yang berkeluarga.

3 comments: